Risik, Tunang dan Nikah


Dalam Islam, risik tidak wujud. Hanya bertunang.

Bila si wanita telah dipinang lelaki, hukumnya Haram dipinang orang lain.

tunang bukan sekadar booking, tapi juga kerana ingin merisik/menyiasat latar belakang dan background wanita itu. Mengkaji kelakuan, keluarganya. Dan jika ada kesilapan dalam tunang, tidak salah untuk putus.

Persediaan untuk pengantin sebelum nikah. Yang penting adalah persediaan. Cari ilmu apakah peranan masing2 dalam perkahwinan. Kursus peluang terbaik untuk pasangan2 sbg satu knowledge untuk dihayti dan dipraktikan dalam rumahtangga supaya tidak meghadapi krisis, insyaallah.

Islam mensyariatkan perkahwinan untuk mengelakkan perkara2 yg negatif seperti pembuangan zuriat. Kalau tak mampu nak bernikah, kita ikhtiar, puasa.

Bila dinikah di sempadan, ada ulama berkata sah kerna ada ijab, qabul, saksi namun tiada wali kerana melebihi dua merhala.Risiko kalau berlaku sesuautu negatif dimana perlu mengadu pihak berkuasa. pejabat agama islam tidak layan.

Kebahagian sesuatu keluarga bergantung pada restu/keredhaan mak dan ayah. Jangan membelakangkan mak bapak.

Apakah maksud wali hakim? Wakil pada sultan/raja yakni diberi kuasa oleh sultan untuk menikahi wanita yang tiada walil. guna bapak, datuk, pakngah, abang, adik lelaki yang dah baghlil. Wali hakim tidak sah digunakan andai wakil wali keluarga masih wujud/hidup.

Sebaik2 pernikahan, iaitu dinikahi sendiri oleh walinya sendiri. Syarat wali yelah wali yg tidak fasiq (tiada maksiat dan tidak mungkar). Wali boleh menikahkan andainya pada waktu pernikahan tidak melakukan fasiq dengan mengucap dua kalimah syahadat , istirghfar, etc etc. Namun lebih berkat andai ayahnya seorang beriman dan tidak tinggal solat dan amalannya.

Undang2 nikah rujuk semasa dalam idaah, tak perlu daftar ( 3 bulan 10 hari ). Tapi kene daftar dalam pejabat islam. Namun bila habis idaah tempoh, kalau nak rujuk balik kene nikah skali lagi seperti kahwin awal.

Pukau adalah bila tiada redha, tiada restu lalu nikah secara paksa. Nikah itu tidak berkat.

Anak luar nikah adalah anak yg tidak ada wali. Jika seorang perempuan bernikah dgn lelaki dalam keadaan mengandung, dalam masa 6 bulan 1 lazaqh (6 bulan lebih skit) baru anak dilahirkan, anak itu boleh di-binkan pada lelaki yg bernikah dgn isteri. Kalau anak tu dilahirkan sebelum 6 bulan 1 lazaqh, anak itu tidak boleh di-binkan pada bapa yg menikahi ibunya.

Bernikah adalah sunnah Nabi Mohammed S.A.W. Bila tak nikah, nabi tak mengaku umat. Barang siapa yg mampu untuk bernikah, nikah jgan tunggu lama2. Kecuali memang takder jodoh.

Dalam Islam, walaupun kenduri itu amat digalakkan, selagi ia tidak membebankan. Adakan kenduri kawin walaupun seekor kambing. Tidak wajib sponsor pihak perempuan. Kahwin biar tahap tidka membebankan atau keberkatan akan kekurangan.

Memilih jodoh lelaki. Dikahwini perempuan itu, dipilih yg berada, yg cantik, kedudukkannya, tapi pilihlah yg beragama.

Bersanding tidak wajib tapi tidak salah dalam agama Islam. Kalau ingin bersanding ikut syarak, persembahkan pada org ramai tapi jgn keterlaluan seperti melukis inai dijari.

Published by hazremi

Born in 1984. From Kelantan... Degree in IT from Multimedia University,Cyberjaya... Have 2 years working exp at Astro,Malaysia Airports Berhad and Panasonic R&D Malaysia... Now,happily ever after in government PTD services... add me in friendster , hazremi@yahoo.com http://profiles.friendster.com/hazremi

3 thoughts on “Risik, Tunang dan Nikah

Leave a comment