Posts Tagged ‘ indonesia ’

Perbezaan Filem Malaysia dan Indonesia


Poster di atas menunjukkan filem paling laris di Malaysia.I really mean it. Filem ini merupakan filem yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman di Malaysia. Lebih dari RM7.35 juta.. Mengalahkan semua filem-filem lain. Yang menghairankan, bagaimana filem yang rendah dari segi nilai seni nya boleh mencatatkan kutipan setinggi itu?Jika dilihat jalan cerita nya, ia tidak mempunyai nilai seni langsung. Apakah ini selera rakyat Malaysia?Filem yang tidak mempunyai seni dan hanya menyajikan humor kelas rendah semata-mata?

Sekarang kita lihat filem yang mencatat fenomena luar biasa di Indonesia..

Ketika Cinta Bertasbih (KCB) mengangkat ketinggian martabat Islam dalam kehidupan seharian. Bagaimana hidup di atas landasan Islam dalam berkeluarga, bekerja dan bergaul. Inilah filem yang mencatat fenomena luar biasa di Indonesia.Filem yang penuh dengan nilai artisitik. Nilai seni yang tinggi. Inilah selera di Indonesia. Filem beginilah yang mencatat fenomena luar biasa.Filem yang didaptasi dari novel ini memberi seribu satu makna.

Bukan seperti filem sampah “Adnan Sempit” yang tidak memberikan apa-apa mesej. Saya tidak menyalahkan penonton, kerana penonton yang membayar tiket itu. Tetapi senario ini menunjukkan di mana rakyat Malaysia meletakkan seni ditempatnya. Saya telah menonton kedua-kedua filem tersebut dan berpendapat sehingga kini saya masih terfikir dan cuba menyelami apa yang disampaikan menerusi filem KCB. Secara kasarnya, KCB mengajak penonton mendalami bagaimana hidup dan mencari jodoh mengikut syariat Islam. Istilah Cinta Bertasbih itu sendiri sudah cukup mendalam, di mana ia bermaksud cinta sesama manusia kerana Allah swt. Dalam kajian yang dilakukan di Indonesia, selepas meletupnya filem-filem berunsur islam di sana, semakin ramai wanita-wanita mulai menutup aurat masing-masing yakni bertudung. Betapa besarnya impak filem yang mempunyai nilai artistik yang tinggi dalam kehidupan seharian.

Bagaimana pula dengan filem Adnan Sempit? Saya terus melupakannya dalam masa 2-3 hari dan tidak nampak apakah mesej yang cuba disampaikan..Kemajuan industri filem Malaysia adalah baik untuk negara, tetapi biarlah ianya sebuah industri yang bermutu…Menghasilkan filem yang memberi impak kepada rakyatnya.

Sebuah negara yang maju meletakkan seni di tempat yang tinggi. Tamadun sebenarnya bermula dengan rasa cinta kepada seni. Inilah cabaran yang dihadapi Malaysia dalam menuju Wawasan 2020. Sudahkah kita bersedia?

Malaysia masih kurang filem berunsur Islam – Habiburrahman

KOTA BHARU 14 Feb. – Industri perfileman Malaysia masih tandus dan gagal menghasilkan karya-karya berunsur Islam yang berkesan untuk berdakwah kepada masyarakat.

Itu pandangan Habiburrahman el-Sirazy (gambar), 33, novelis terkemuka dari Indonesia yang terkenal dengan karyanya bertajuk Ayat-Ayat Cinta dan Bila Cinta Bertasbih yang berjaya diadaptasi menjadi filem.

Beliau yang juga seorang penyair berkata, pembikin filem di negara ini masih tidak berani menonjolkan amalan Islam dalam karya-karya mereka menyebabkan mereka ketinggalan berbanding karya dari negara jiran itu.

“Apa yang paling penting adalah niat. Masyarakat semestinya akan melihat hasil kerja kita yang semuanya bergantung kepada penulis itu sendiri.

“Di Malaysia, mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah seperti aktiviti keagamaan di dalam masjid.

“Di Indonesia, kami mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita buat untuk masyarakat di sana,” katanya.

Habiburrahman ditemui pada program Hari Hiburan Islam yang turut menyelitkan program Bicara Selebriti dan tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasi daripada novel terbaru beliau.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun lepas, filem yang berunsurkan dakwah seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang berasal daripada novel beliau serta Laskar Pelangi mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat republik itu.

Ini kerana jelasnya, filem tersebut menyentuh secara langsung kehidupan masyarakat di negara itu yang majoritinya menganut agama Islam.

Mengulas mengenai perkembangan filem di negara ini, katanya, kebanyakannya digarap dengan baik tetapi dari segi idea dan tema masih kurang memberangsangkan.

“Cerita berbentuk Islamik kalau kita tulis dengan kaedah yang baik, maka akan dapat sambutan.

“Selain penggarapan, kematangan dan pemilihan idea juga perlu, tetapi di sini ada garapan yang bagus tapi ideanya tidak sesuai dengan masyarakat,” ujarnya.

Menurut beliau, apa yang dikehendaki oleh masyarakat tidak ditampilkan sedangkan seorang sasterawan itu harus berinteraksi dengan masyarakat.

“Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Walaupun sedap dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman,” tambahnya.

Advertisements
Advertisements