Corat-coret David Teo


Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 8 Disember 2010

Corat-coret David Teo

DALAM banyak orang seni, saya kena betul-betul tabik kepada pengeluar filem David Teo. Sekitar 10 tahun lalu dia langsung tak tahu pasal buat filem.

Baru sebentar tadi, dia menghantar mesej kepada seseorang, filem terbarunya Ngangkung (nama pun pelik) hendak mencecah rekod box-office RM10 juta! – baru lebih seminggu ditayang.

Sebelum ini tiada filem Melayu mencecah RM10 juta. Semua filem dia antara RM6 dan RM7 juta. Maknanya dia buat filem saja, dia dapat juta-juta, fantastik!

Yang paling menakjubkan pasal David ini, dalam satu interbiu dengan The Star tidak berapa lama dulu, dia buat kenyataan yang amat berani – yang sampai hari ini tiada siapa yang (sanggup) menafikannya.

Dia kata cabaran paling besar bagi penerbit filem seperti dia ialah “godaan” daripada artis-artis (sudah tentu wanitalah) yang muda dan seksi-seksi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan slot menjadi pelakon utama.

Dia kata, hanya 10 peratus saja penerbit yang dapat mengelak daripada godaan itu dan katanya: that‘s 10 percent is me.

Sebab itulah bisnes dia maju dan berkat. Salam Maal Hijrah 1432.

Mengapa yang 90% lagi tidak dapat menahan dogaan? Kurangkah iman mereka?Kenapa yang tidak beragama Islam mampu menahan godaan?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: