Merealisasikan Impian


Maka akhirnya bermulalah perjalanan merealisasikan impian ku selama ini..Aku sedar memang bukan mudah untuk menjadikan impian itu satu kenyataan.Apatah lagi menjadikan kenyataan itu suatu yang boleh dibanggakan.

Tapi, suatu kenyataan yang hebat bermula dengan langkah pertama. Sekiranya kita tekad dan tidak berputus asa, tuhan akan membantu kita..Percayalah.

Aku memang meminati seni videografi…Setiap kali menonton TV,DVD etc aku sentiasa memerhatikan bagaimana shot-shot diambil…Panning shot,close up shot,flying cam shot..semua  itu sentiasa bermain-main di fikiran..

Di Malaysia berlambak ada photographer, yang baru, yang berjinak-jinak, yang serius, di mana-mana sahaja, budak engineering pun suka fotografi..Tapi berapa ramai yang suka buat videografi? Mungkin ini salah satu sebab kenapa aku cuba untuk buat videografi..

Masih ingat lagi video kamera pertama dibeli pada tahun 2004 iaitu model JVC..Masa tu Abah yang belikan untuk aku berjinak-jinak dengan dunia video…Terima kasih abah…Mungkin kamera video itu bukanlah yang high end tapi cukup untuk aku mempelajari bagaimana teknik video shooting..

Pada tahun 2006, aku buat praktikal di sebuah company yang terlibat dalam pembikinan video. Manager di situ banyak mengajar aku bagaimana mengambil video secara profesional dan teknik-teknik editing. Aku masih ingat kata-katanya, “Seorang video editor boleh mengubah sampah menjadi emas”..Sudah tentu footage yang diambil haruslah yang berkualiti… Aku selalu mengikutnya shooting di mana-mana hatta di waktu malam..Mungkin ketika itu semangatku membuak-buak untuk belajar..

Kata-katanya yang selalu aku ingati, “A videographer must find his own style to be regarded as a great videographer”..

Akhirnya pada tahun ini aku membulatkan tekad untuk menceburi bidang ini dengan lebih serius… Selama ini aku membuat bermacam-macam jenis part time business…Semua itu kerana minat, mungkin kerana darah Kelantan yang mengalir. Orang Kelantan amat terkenal dengan kemahiran berniaga. Tapi aku sentiasa tercari-cari satu bentuk benda berasaskan minat…

Akhirnya aku membeli sebuah video camera yang dikategorikan sebagai high end video camera.Modelnya adalah Panasonic HS-300 yang merupakan camcorder of the year 2009.. Kelebihan kamera ini adalah mempunyai FULL HD video quality 1920 x 1080..manual lens ring yang membolehkan aku membuat pelbagai shot secara manual (focus,exposure,WB,Shutter,iris etc)..

Hobi ini merupakan hobi yang mahal..Kos kamera sahaja sudah Rm5 ribu, belum masuk professional tripod, wide lens, stabilizer, dolly track etc…Dan sudah tentu untuk edit video ini memerlukan PC yang spec nya tinggi kerana video ini dalam bentuk High Definition..aku memerlukan PC yang mempunyai processor sekurang-kurangnya Intel i5 dan ram 6GB ke atas…

semuanya bermula dari langkah pertama..aku sudah memulakan langkah pertama itu dan berharap untuk terus menapak…

    • missbutterfly
    • May 14th, 2010

    hi..u’re from klantan??u ade portfolio x for wedding videography?? im looking for videographer in klantan.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: