Mohammad Nizar cedera kereta terbalik


IPOH 7 Jan. – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Jalan Raja Nazrin Shah di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang menerima satu jahitan di tangan ekoran kecederaannya itu berkata, sebaik keretanya terbalik, beliau merangkak keluar mendapatkan pertolongan dan dibawa oleh orang awam ke HRPB.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.20 pagi ketika Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam perjalanan seorang diri dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik gigi di bandar raya ini.

Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, ketika tiba di tempat kejadian, Mohammad Nizar cuba mengelak sebuah kereta Volvo berwarna emas yang keluar secara tiba-tiba dari Jalan Seruan.

Katanya, kereta Toyota Camry berwarna kelabu dipandu Mohammad Nizar kemudian melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta Volvo tersebut yang dipandu seorang wanita.

“Berikutan itu, kereta Mohammad Nizar terbabas lalu terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas.

“Mohammad Nizar yang cedera ringan di dahi dan tangan kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Nizar ketika ditemui pemberita di HRPB berkata, semasa kejadian, dia memandu seorang diri dan cuba mengelak sebuah kenderaan yang keluar secara tiba-tiba di hadapan.

“Pagi ini saya ada temu janji dengan doktor gigi dan saya dalam perjalanan ke klinik tersebut. Saya nampak sebuah kereta keluar secara tiba-tiba dan saya cuba mengelak.

“Tidak sangka pula tindakan itu menyebabkan kereta saya terbabas dan terbalik. Namun saya bersyukur hanya cedera ringan di tangan dan cermin mata pecah,” katanya.

Balasan kerana menderhaka pada Sultan.Accident dekat Jalan Raja Nazrin Shah pulak tu hehe

  1. duit tak berkat kereta tu….hurmm…

    • Muhammad
    • April 18th, 2010

    Terlalu agongkan kereta dari tugas.. dah tuhan takdirkan… jadi dapat la kereta ..

    Jika doa kita inginkan keamanan dapat keamanan, kalau minta kekayaan dapatlah kekayaan.. kalau minta dapat kereta dapatlah ATEREK…

    sebagai rakyat kita lihat je apa dia buat…nak tegur sapa la kita..kita hanya rakyat jelata yang melata…. yang tak berkereta..

    • Atiq Hamid
    • October 10th, 2010

    apa la komen2 yg ana kira menyaket kan hati lebih2 lg kalau kita sendiri yg kena..

    astargfirullahal azeem

    moga allah memperbaik keselamatan jalan2 di msia

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: