Melabur Ke Dalam ASB Dengan Menggunakan Pinjaman Peribadi


Persoalan

Bagi sesetengah orang, melabur dengan menggunakan wang pinjaman peribadi lebih berbaloi kerana anda akan memperolehi sijil ASB yang sah, dan bukannya sekadar ‘xerox’ copy jika menggunakan ASB Loan dari bank. Tambahan pula, anda akan merasa lebih gembira melihat simpanan sebanyak RM 10,000 di dalam buku ASB anda walaupun anda terpaksa membayar semula pinjaman sebanyak RM 226 sebulan selama 5 tahun.

Jawapan

Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%

Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%

Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%

Interest sebenar pada kadar APR = 13%

Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.

Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).

Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.

Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.

Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman

= RM 14,025 – RM 13,560 = RM 465 sahaja.

Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,

Total Contribution = RM 13,560

Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.

As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?

  1. sy simapan rm500 sebulan..ehek3!!! berbaloi2…. tapi hujung tahun ni banyak sangat lak outstesen cash money lak tu. sangat menyesal…nak tunggu klim lambat plak! cc kewangan wat kerja cerewet melewat2kan tuntutan kiter….

  2. 500 tu simpan sendiri or byr loan

    • Adelin Fong Teng Anak Fredrick
    • July 1st, 2012

    Boleh saya tahu ? kalau saya pinjam RM30K bayar dalam 5 tahun @ pinjam RM30K bayar dalam 10 tahun berapa yang saya perlu bayar bulanan dan berapa dividen saya dapat ? Juga adakah pinjaman ini tidak boleh guna untuk benda @ mesti masuk balik di akaun ASB ?

    • farawahida
    • July 15th, 2012

    saya nak buat pinjaman sbanyak 10k berape bln2 sy kena bayar?? n berapa pulak basic gaji yg die nk??

    • hazremi84
    • July 16th, 2012

    Soalan itu hanya boleh dijawab oleh pihak bank

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: