Archive for September 25th, 2009

Ilmu Keserasian


Aku mempunyai seorang uncle. Uncle aku ini mempunyai sedikit ilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menentukan keserasian di antara pasangan yang ingin berkahwin. Ilmu ini diturunkan kepada uncle ku ini oleh arwah datuk ku. Beberapa pasangan telah diramalkan oleh uncle ku menerusi ilmunya dan ianya ternyata benar.

Nak dijadikan cerita, pada hari raya tahun 2008, seorang perempuan telah datang beraya ke rumahku dan pada ketika itu, uncle ku ada di situ. Uncle ku menggunakan ilmunya untuk menentukan keserasian antara aku dan perempuan itu. Walau bagaimanapun, keputusannya tidak diberitahu kepada aku.

Setelah beberapa purnama, tiada jodoh antara aku dan perempuan itu. Aku melepaskan dia pergi dan memberitahu ibuku. Ibuku kemudian memberitahu bahawa uncle ku telah meramalkan bahawa antara aku dan wanita itu tidak serasi, tidak akan kekal lama dan tiada jodoh. Ibuku memberitahu keputusanku adalah tepat. Ibuku kemudian meminta aku terus mencari seseorang yang serasi denganku..

Aku pasrah..Sekiranya tiada jodoh, maka apa saja diperbuat pasti tidak akan ke mana-mana akhirnya..Semoga tuhan membantu aku…Aku berdoa agar perempuan itu bertemu dengan seseorang yang sesuai dengannya,serasi dan menerima dia seadanya

Walau bagaimanapun, ilmu uncle ku ini bukanlah untuk orang lain..hanya untuk kaum keluarga sahaja..

Advertisements
Advertisements