Suami dan Isteri


Ada sepasang suami dan isteri…Si isteri sering tidak berpuas hati dengan suaminya yang dianggap tidak mengutamakan dirinya..Bermacam-macam perkara yang menyebabkan isterinya tidak puas hati terhadap suaminya..

Suami menyedari akan perkara tersebut dan mengajak isteri untuk berbincang dengan masing-masing menyenaraikan apa yang tidak disukai tentang pasangan masing-masing. Si isteri menyenaraikan bermacam-macam perkara yang tidak disukainya tentang suaminya. Suaminya juga menyenaraikan perkara yang sama. Suami telah membaca senarai yang ditulis isterinya..Tibalah saat isteri membaca apa yang ditulis suaminya. Belum sempat isteri membaca senarai yang ditulis suaminya.Isteri meminta cerai kerana sudah tidak tahan lagi. Maka mereka bercerailah…

Selepas perceraian itu, si isteri mendapat tahu suaminya telah meninggal dunia dalam kemalangan. Sedang isteri mengemas barang-barang di rumahnya, isteri terjumpa senarai yang ditulis oleh suaminya sebelum mereka bercerai. Lalu isteri membaca kandungannya iaitu “Isteri abang tiada apa yang cacat cela, hanya abang yang tidak pandai menilai”. Maka berjujuranlah air mata isterinya meraung kekesalan.

Si isteri bertanya pada seorang alim adakah boleh dia hidup pada satu kehidupan lagi?sekiranya boleh, dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Jawapan si alim pada isteri tersebut mudah sahaja, “Sekiranya setiap orang diberikan peluang dalam satu kehidupan lagi, maka mereka tidak akan menghargai kehidupan mereka sekarang”.

Pengajaran dari cerita di atas adalah kehidupan ini hanya sekali sahaja, tiada dua atau tiga ataupun nirwana…Maka gunakanlah kehidupan ini untuk melakukan yang terbaik dan hargailah orang yang menyayangi kita kerana apabila kita sudah tidak memilikinya lagi, kita pasti akan menyesal seumur hidup. Dalam hidup ini kepercayaan orang kepada kita hanya sekali sahaja, apabila dia sudah hilang percaya pada kita, maka tiada guna lagi kita menyesal.

Live your life to the fullest, be strong, enjoy and appreciate your life…Someone who loves you will always be the one for you to depend on…

    • bandung
    • September 4th, 2009

    alhamdullilah mas
    teruskan bermunajat…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: