Jodoh


Hari ini aku cuti..saje ambil cuti..takde buat apa pun..saje nak berehat kat rumah..

Lepas ke Putrajaya tadi aku on da way balik ke rumah.Sambil-sambil tu aku dengar radio …topik petang itu adalah “masalah cinta anda”..
So ramai lah yang call meluahkan perasaan masing-masing. Ada yang beritahu dia diduakan oleh bf dia, bf dia kahwin lain tapi mereka masih berkawan.

Dalam banyak-banyak yang menarik perhatian aku adalah caller yang memberitahu dia sudah couple dengan bf dia selama 14 tahun (OMG), tetapi sampai sekarang bf dia tak cakap apa-apa mengenai perkahwinan..Bile ditanya, bf dia diam sahaja..Perempuan ini pun dah mulai resah sebab dia memang nak kahwin dgn bf dia..Sekarang ni, mereka dah 2 bulan tak jumpe, tapi masih sms…

Ada satu lagi yang menarik perhatian aku iaitu seorang caller beritahu dia dah couple selama 8 tahun dgn bf dia..tapi in the end, bf dia kahwin dengan orang lain…Sungguh sedih kisahnye..Tapi mungkin itu takdir dan jodoh ditentukan oleh tuhan, kite sudah berusaha🙂

Satu news mengenai Enrique Iglesias yang sudah lebih 7 thn couple dengan Anna Kournikova tetapi beliau masih belum bersedia untuk berkahwin walaupun gf nya itu cinta sejatinya..Hmmm…

Melihatkan kepada apa yang aku dengar tadi, aku juga terfikir kenapa jadi begini.Kata orang-orang tua, jikalau kita berkawan terlalu lama dengan seseorang tanpa sebarang ikatan, hubungan itu akan jadi tidak berkat, akan berlaku masalah dan dugaan..Mungkin inilah salah satu sebabnya.

Life is simple yet we make it complicated.

    • Jane Doe
    • April 17th, 2009

    Sekuat mana pon usaha, sedalam mana pon sayang, andai tertulis yg terbaik itu dengan orang lain maka terima lah ketentuan Nya dengan ikhlas dan hati yg redha kerna setiap ‘pemberian’ itu tentu ada hikmahnya. Tentu ada sesuatu yg lebih baik menunggu di kemudian hari.
    Selama mana pon berkawan, andai dilandaskan kerana Nya dan dengan keikhlasan, insyaAllah dapat di atasi masalah dan dugaan yg dtg menjenguk, tanda Tuhan masih menyayangi kita. Sentiasalah berdoa dan berusaha ke arah mencapai keberkatan dalam setiap perhubungan🙂

    • tanpa nama
    • April 18th, 2009

    menurut kata orang lama.. “kalau sudah jodoh tak kemana”..

  1. tetiba teringan lagu nie….SAMSONS – Kenangan Terindah….

    Bila yang tertulis untukku
    Adalah yang terbaik untukmu
    Kan kujadikan kau kenangan
    Yang terindah dalam hidupku
    Namun takkan mudah bagiku
    Meninggalkan jejak hidupku
    Yang tlah terukir abadi
    Sebagai kenangan yang terindah

    Ooh…

    • jimmi
    • April 18th, 2009

    jgn kita salahkan takder jodoh/takdir kalau tak kawin..walaupun dah couple lama. Kalau dah couple lama tapi tak rasa ada prospect nak kawin, just end the relationship and be mutual frens, and for goodness sake dont keep on asking the person out for company…or the other party might get the wrong idea that u still wanna be with the person. Pucuk pangkal diri kita, if we ever are brave enough to make the final call and have the balls to end the relationship if necessary..sbb kawin atas dasar cinta..perlukan juga rasa tanggungjawab…so be a responsible person first..then talk about love.:)

    PS : cinta pada Allah, ibu dan family adalah cinta paling agung…and of course kenela blajar cinta diri sendiri😉

  2. aku tau makna tersirat entri ini.

    maknanya ko nak kawen dah kan.. wakaka

    • kechik
    • April 19th, 2009

    pernah seseorang mengingatkan ttg masalah cinta ini..

    jika seseorang benar-benar cintakan kamu, walau sehebat mana pun cabaran itu, maka dia pasti akan kembali suatu hari nnti..tetapi jika sebaliknya, usah la mengharapkan nya kerana hati dia bukan milikmu..

    ~ Namun, jodoh dan ketentuan semua di tangan Tuhan

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: