PPSMI


Sejak entry saya mengenai Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) disiarkan, ramai yang mengkritik saya, ada juga yang membuat serangan peribadi terhadap saya. Artikel di bawah ini dipetik dari http://chedet.co.cc , artikel ini jelas menerangkan mengapa kita perlu meneruskan PPSMI.

Matlamat sebenar PPSMI bukanlah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar tetapi matlamat sebenar PPSMI adalah untuk memudahkan dan membiasakan pelajar dengan istilah-istilah Matematik dan Sains yang berasal dalam Bahasa Inggeris.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang teman yang bertugas sebagai pensyarah di kolej komuniti. Dia harus mengajar subjek-subjek berkaitan IT, tetapi dalam Bahasa Melayu. Dia memberitahu saya tentang kesukaran untuk menterjemahkan istilah-istilah IT dalam bahasa melayu yang apabila diterjemahkan, berbunyi sangat aneh. Contohnya istilah seperti kernel preemption, infinite loop, firewall dan bermacam-macam lagi.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.


5. Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-prkataan Sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) – satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilimu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains.

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat oenting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah dari pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan menggun hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayuu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

  1. at least mahathir’s sad about it and didn’t say idiot to anyone, like you did in your previous post. because mahathir has ethics, unlike you.

    at least that’s what i think.

  2. well that’s a minor issue. The major issue here is PPSMI. Can we stick to the topic please?
    Do you agree with PPSMI?
    I’m sorry if i make any mistake. I’m not perfect, neither you.

      • nanis
      • March 14th, 2009

      fuyooo…rilex kawan-kawan..For me, PPSMI nih ader pro & cont dia. Ada baik and ada buruknya. Terpulang pada individu.. Tak payah nak gaduh-gaduh or nak buat perhimpunan tak puas hati ngan PPSMI nih. I rasa PPSMI nih patut dimulakan dari awal. Mulakan dari standard 1… Bukan form 1..

    • bandung
    • March 14th, 2009

    jgn jd bego mas..hahaa

  3. I don’t see any reasons why Maths and Science shouldn’t be taught in English. If you can’t do well coz it’s in English, then learn English. *siiggghhh* In the end your English gets better and so will your Maths and Science….Forgodsake, they barely teach these subjects in BM at uni level anyway. Why stuggle later when u can learn now? So many short-“sighted” ppl out there.

    It is not that we are not using BM at all. We still order “Mamak, teh tarik satu!” at the stalls. At home, we still speak in BM. Other subjects like KH, PJK and et cetera are still in BM. How cam it be forgotten? =/

    Anyway, I’m no expert…and I dun think my voice is even counted. To all those ppl who wants to “preserve” BM so much, forget about watching Hollywood movies. Stop listening to Hitz.FM,MixFM or even Akon and JLo or whoever you listen to who sings non-BM songs. OK? Better still, do not wear stuff which has a single English word on it.

  4. while i do agree with your point ruz, it is sad to see that just for the sake of getting ‘attention’ and support from people , some people try to backfire their own people by going against PPSMI although they themselves got their education in English as well and knew English is extremely essential in acquiring knowledge.

    i just hope they will realize one day it is pointless to translate kernel preemption to malay or toolbar to malay.

  5. Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

    Thanks!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: