Archive for December 10th, 2008

Pengalaman sehari di Imigresen


Hari ini aku ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara untuk membuat passport baru aku…Jika tiada¬† passport bagaimana aku mau ke Bandung hehe..

Bertolak jam 11.30pagi…tiba di Pusat Bandar Damansara jam 12.15…Lebih baik aku ceritakan secara kronologi…

12.20 tgh hari – Mengambil no. giliran iaitu 1300, no. giliran sekarang ialah 1171…bermakna ada 129 orang di hadapan aku..

1.00 tgh hari – No. giliran terkini adalah 1189…begitu perlahan sekali…brengset…Lalu aku call member-member di KPKT untuk ajak lunch..

1.05 tgh hari – Lepak makan tengah hari di Ali Maju Bistro Pusat Bandar Damansara bersama rakan-rakan KPKT. Time ni buka cerita pasal DPA, pasal MOSTI, pasal landslide Bukit Antarabangsa, pasal kahwin…haha macam-macam…

2.00 ptg- Kembali ke Imigresen untuk kembali menunggu…No. terkini adalah 1229…..OMG!!!…

2.20 ptg – Kerna bosan, baca e-book iaitu My Story from Lim Goh Tong, Genting Founder…

3.00 ptg – No.terkini adalah 1260…baca pulak e-book Harry Potter , tajuk lupa tapi yang ada tajuk Phoenix… cuba scan WiFi..tapi hampa..tiada…sepatutnya di tempat yang lama tunggu seperti ini perlu ada Wifi…

3.30 ptg – Ada 8 kaunter untuk buat passport, tapi hanya ada 3 pegawai bertugas…5 lagi mana????&*@(*&@*&@&(*

4.15 ptg – Akhirnya 1330 dipanggil…Layanan pegawai bertugas yang comey dan mesra adalah baik..

4.20 ptg – Bayar RM300 duit passport…Diberitahu aku perlu datang ke sini semula esok untuk ambil passport…

Dah abis..CABUT laa…

Pemerhatian aku:

1. Kaunter ada 8, yang bertugas 3 je…5 lagi tatau mana…

2. Wifi perlu ada di tempat sebegini…

Lain-lain ok…pengalaman anda di Imigresen macam mana???

Aduh esok kene pegi Imigresen ke…aku ade meeting da…..

Advertisements
Advertisements