Dakwaan ceramah angkasawan RM8,000, Mosti mesti jelaskan


Quoted from harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) – Setelah didedahkan Harakahdaily, Angkasawan pertama negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menafikan dakwaan beliau mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah sambil menyifatkan ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imejnya.


Namun kenyataannya itu tidak dapat meleraikan pelbagai respon orang ramai termasuk beberapa sumber yang mendedahkan sikap tidak profesional angkasawan terbabit yang ‘meraih keuntungan’ hasil dari perbelanjaan wang negara dan rakyat jelata menghantar beliau ke misi angkasa lepas 10 Oktober tahun lalu.

Mengulas isu terbabit, Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata angkasawan tersebut tidak wajar mengenakan bayaran tinggi tambahan beliau masih lagi berkhidmat sebagai seorang pegawai kerajaan yang dilarang sama sekali mengaut keuntungan atas kapasiti jawatannya itu.

Malah kata Hatta, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sewajarnya menampung segala perbelanjaan angkasawan itu demi berkongsi pengalaman berharga dan tiada nilainya kepada rakyat jelata khususnya generasi muda.

“Mosti mesti bertanggungjawab membiayai semua perbelanjaan beliau untuk memenuhi jemputan dan bukannya menetapkan harga tertentu yang akan mengakibatkan ianya menghadkan jemputan orang ramai kerana sukar memenuhi bayarannya yang tinggi.

“Kita tidak mahu menuduh sama ada wujud dalang lain dalam Mosti yang mengatur atau menetapkan harga. Tapi yang pasti Mosti kena beri penjelasan dan siasat perkara ini kerana jika tidak dibendung, saya khuatir wabak mencari keuntungan atas khidmat kerajaan akan berleluasa dan ramai pegawai kerajaan yang akan mengikut jejak langkah itu,”tegasnya.

Sambil tidak menafikan peranan Sheikh Muszaphar menyampaikan mesej yang baik pada rakyat di samping menyuntik semangat kepada golongan muda dan pelajar, Hatta tidak mahu angkasawan tersebut mengenakan sebarang bayaran yang akan menjejaskan nama baiknya sebagai tokoh yang dihormati termasuk imej Mosti itu sendiri.

Sebelum ini menurut satu sumber bagi ceramah yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah, Sheikh Muszaphar tidak mengenakan sebarang bayaran sebaliknya meminta pihak sekolah membeli atau ‘mewajibkan’ para pelajar membeli buku yang bertajuk ‘Reaching For The Stars’ sekurang-kurangnya 300 buah yang setiap satunya berharga RM20.00, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000.00

Sementara itu Harakahdaily turut dihujani puluhan email yang secara purata kesal dengan tindakan angkasawan itu malah ada antaranya yang terpaksa membatalkan jemputan kerana harga bayaran yang dikenakan.

“Kami (juga agensi kerajaan) juga ingin menjemput beliau untuk berkongsi pengalaman dalam satu slot ‘person that inspires’ untuk diplomatic training course telah dimaklumkan oleh pengurus beliau bayaran yang dikenakan adalah RM3000.00 untuk satu jam.Akhirnya pihak pengurusan mengambil keputusan untuk membatalkan. Saya sokong pendedahan selanjutnya,” kata seorang pembaca dikenali sebagai noba6076.

Menurut email daripada Malek Sepang juga mengakui mendapat maklumat angkasawan mengenakan bayaran kepada penganjur dalam lingkungan RM5,000 namun merahsiakan pendedahan terperincinya malah kesal angkasawan negara membuat untung di atas duit titik peluh rakyat yang kepingin melihat dan mengenal ruang angkasa Allah SWT.

“Beliau adalah duta kecil negara dan utusan Mosti yang mesti memberi peranan yang baik demi membawa manfaat serta kebaikan kepada negara bukannya mencari kekayaan atau pendapatan sampingan sebagai pegawai kerajaan” kata Dr Hatta yang juga merupakan ahli parlimen Kuala Krai. – mks._

————————————————-

Nak tau perkara sebenar?

Sheikh Muzaffar tu ada kontrak dgn MOSTI tapi dia tak ikut kontrak tu..Ofis dia tak masuk…. Program MOSTI pun dia tak ikut..dia buat program sendiri…tu yang dia charge RM8,000 untuk setiap event…

Orang MOSTI sampai naik fed up dengan dia..tunggu kontrak dia abis bulan 12 ni, pegi mampuih sama dia… Dah la demand lebih, bilik nak, nak taraf lagi tinggi dari Mejar Faiz…

    • anns
    • November 4th, 2008

    wahh..gitu kesahnyee..ic..tq 4 d info en remi😀 then mosti xleh nk wat pe ke?kan ade binding agreement?then mosti can tk any legal action rite?correct me if im wrong..

  1. mosti ni tak nak la rosakkan nama angkasawan negara ni, lagipun projek angkasawan ni projek nasional, kalau mosti bising, nanti nama projek angkasawan pulak yang kena… dah la projek ni kan dah kontroversi..

    so dia orang ni tunggu je la kontrak abis…

    • pu3 kodok
    • November 5th, 2008

    owH! cam tu ker hencik!

    cam bergosip[ panas mak endon la plak!
    nt ceQ habaQ kat yg laeen2 prangai dia!!

    • anns
    • November 5th, 2008

    oh ic..tu la sshnye ble deal ngn org yg glam ni..ape lg involved name Malaysia sndri..ditelan mati emak, diluah mati bapak..erkk..betol ke pepatah tu?huhu..

  2. hurmm takpe ke dedahkan hal ehwal kerajaan ni…

    tak takot kena ISA ke? hahahaha

    • kantoi
    • November 6th, 2008

    demit angkasawan gay..
    merugikan duit rakyat..
    mie, gunokan kehebatan mu mi..
    sepak dio untuk aku..

  3. takper dedahkan kesengalan angkasawan negara untuk kebaikan rakyat

    • kantoi
    • November 8th, 2008

    hahah tuh la kato.. takpo lah.. dio siap sapa doh angkaso nyo..
    pah nie takdop dohs la.. barai nie dow.. kalu aku jadi mu.. aku cabut doh 4-4 tayar keto diow tiko dio mai mosti..wakakka

    • padlie
    • November 8th, 2008

    hmm… kami kat ANGKASA dah lama panas ngan mamat ni… makan gaji buta.. opis x penah datang

  4. tuh dia mai anugerah skrin tu..mentang2 byk awek hot hehe

    • Aienz_kiut
    • April 26th, 2009

    Haaa….Nak gtau Something yg korg x tau..Aku pun ade XPerience Nk share ngn korg sume…Psl Kes DR.SMS kesygn Negara ni..Korg tau..
    kes yg die ni DeMand, SemmgNy betOL2.. Bukan cubaan lg!!
    Nk dijadikan cite, Beliau tLh dijemput Utk bg Crmh kat UUM..di mana? haa..Tmpt aku study arr..program amal arr namenye..Name pun Program amal..Die bleh Demand mtk RM 10,000!!!!
    2 dia…Die ckp klu x de, sory nak dtg..
    sbLm bg crMh,die mtk advance dulu RM5000!! pe ke jadahnya DR.SMS ni!!
    di sbbkn xnk malu kan Mjlis, pengetua kolej kami pun uluQ la Rm5000 sblm die bg Crmh 2..
    Then. ktorg punya la penin pale..mane nak cr g RM5000???
    ktoRg dgn x malu mtk derma kat student kolej sorg RM1..sedih ka x sedih…
    Then,pas die hbs crmah kami bg kat die balance g RM5000…RM1 sByk 5000 kping!!! nak tejojol bijik mata die!!! kami smpt maniskan muka dan ckp, “INI SUMA DUIT STUDENT YANG NAK SGT TENGOK DR.SMS DTG KAT CNI…”
    dia blah cam x bslh n sempat g pesan..”Klu x disebabkan bapak saya,x hingin saya dtg u korg ni!!”
    FUHH!!! punya arr belagak bunyik nye..kebetulan ayahnda beliau besahabat dengan pengetua kolejkediaman kami..nak x nk,die tepakse gak dtg..tp bejam2 gak arr nk tgu kehadiran die ni..pukul 8 pg sepatutnya jadual tp telah ditunda ke pukul 4.30 pm..alasan dia, ada hal kat Brunei!!!
    padahal kami da tempah dia bebulan awalnya..
    nak dijadikan cite g,masa dia bagi ceramah 2 terjadi arr masalah teknikal sket..so x dpt arr dia nk syer dia punya gbr2 masa journey nak g angkasa 2..2 dia…bebakul sumpah seranah yg dilemparkan kat kami yg ada kat belakang pentas ni..
    so korg pikir2 kan la attitude angkasawan negara kita ni..klu korg x pcy,aku ada bukti yg menunjukkan die ni mmg DEMAND!!!!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: