Melawat Orang Kesusahan Buang Masa


from Utusan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Abdul Khalid menambah, perbuatan segelintir pihak dan individu yang memberikan bantuan dengan menemui sendiri mangsa merupakan gimik politik yang bertujuan mahu menarik perhatian rakyat.

Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

——————————————————————————-

Interesting to be discussed, visiting people who is having problem is wasting your time?

That is a very good example set by a Minister. Soon, all PKR members will said if someone is having problem, there is no need to waste your time visiting them and give them some help.

It’s funny to think that before election, he did not seem to think visiting rakyat is wasting his time, now he is in power, he thinks it is wasting his time to visit his rakyat.

I would say please learn from Dato’ Mustapha Mohamed, MP from Jeli, he always visit his people, give them help, care bout them, that’s why he survived in political tsunami PRU12.

I’m sorry to be honest, but among all MBs in Pakatan Rakyat states, he is the dumbest one. Sorry if i hurt you all, the best one is Lim Guan Eng.

    • afiq
    • September 9th, 2008

    the best mp in BN is..hm,no one.and the dumbest one is..u know who

  1. kalau dtg melawat dgn cek besar pintu jamban, atau melawat time org sakit tu dah femes (mcm bini najib) hmm…agak tidak payah jugakla. tapi kalo kasi statement buang masa tu mmg xpatut la…kna mohon maaf ni. sape timb presiden pkr tolong mintak maaf jap!

  2. afiq,isn’t that sound prejudice? you have to give credit when it is deserved.

    i respect MP from kulim, he has his own principle.

    • eja
    • September 10th, 2008

    Bekerja Untuk Selesaikan Masalah, Bukan Sekadar ‘Tunjuk Muka’ – MB

    KLANG, 6 SEPTEMBER- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat ialah dengan membuat kerja untuk mengatasi masalah itu bukan hanya menunjukkan muka kepada mereka sebagai tanda sudah turun padang.

    “Kematangan kita ialah menyelesaikan masalah, bukan turun (padang) dan tengok-tengok muka, bukan (caranya).

    “Cara yang kita buat ialah melalui cara bekerja dan bila kita datang, kita adakan program-program yang tertentu,” katanya ketika mengulas dakwaan yang beliau tidak turun padang menjenguk mangsa ribut di sekitar Selat Klang dan Rantau Panjang Isnin lalu.

    Menurut beliau, sumbangan bantuan yang hendak diberi kepada penduduk tidak harus dinilai melalui berapa ramai, berapa wang mahupun berapa jam yang telah digunakan untuk membantu.

    “Banyak cakap saja tidak guna, (kerana) buat kerja lebih baik,” katanya.

    Beliau berkata kehadiran beliau selepas kejadian itu tidak diperlukan memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu (Selat Klang), Dr Halimah Ali sudah ada dan sangat aktif membantu.

    “Kami berkomunikasi melalui sms dan telefon bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa,” katanya.

    Abdul Khalid ketika ditanya sama ada jika beliau menjenguk penduduk pada masa itu akan dapat memberikan sokongan moral, beliau berkata ia tidak diperlukan orang yang dalam kecemasan.

    “Mereka hendakkan pertolongan. Itu sebab saya hendak tukar konsep (sokongan moral) itu, ada ahli politik yang suka ‘bergaya’, tetapi saya bukan datang dari kumpulan seperti itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai pagi tadi.

    Kehadiran beliau bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Dr Halimah menafikan andaian sesetengah pihak yang Abdul Khalid tidak prihatin dengan nasib mangsa.

    Sementara itu menurut Rodziah, jawatankuasa gerak kerja yang telah dibentuk akan membuat penilaian kerosakan bagi setiap rumah dan menggalakkan semangat gotong royong di kalangan penduduk.

    Menurut beliau, kerajaan negeri sudah menyediakan peruntukan untuk membantu mangsa ribut berkenaan melalui Tabung Bencana Negeri.

    “Kita juga telah menambah peruntukan dalam tabung itu tambahan kepada peruntukan sedia ada program kerajaan prihatin yang disumbangkan setiap anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

    Beliau berkata dianggarkan sebanyak 20 kediaman yang ranap akan dipastikan dibina semula.

    “Kita bagi pada pihak kontraktor yang betul untuk memastikan rumah mereka dapat didirikan dengan baik,” katanya.

    Beliau menganggarkan sejumlah RM25,000 bagi sebuah rumah diperuntukkan bagi tujuan itu.

    Rodziah berharap nasib yang menimpa penduduk di kawasan terbabit akan mendapat perhatian kerajaan persekutuan.

    “Jangan lihat ini kerajaan negeri Selangor sahaja punya masalah, sepatutnya kerajaan persekutuan patut turun padang dan sama-sama menyelesaikan masalah rakyat.

    “Saya memohon kerajaan persekutuan tidak memandang ini sebagai hal ehwal politik tetapi isu kemanusiaan,” katanya.

    Beliau juga berharap Dato’ Menteri Besar seorang tidak harus dibebankan dengan masalah itu sedangkan ada kepimpinan lain yang boleh turun padang.

    Kejadian ribut yang berlaku Isnin lalu menjejaskan kediaman 1,107 penduduk di Selat Klang dan hampir 500 penduduk di Rantau Panjang. – NOOR ALLIA KASSIM

    ps –> please read both side…dont ever jump into conclusion…..

    • bandung
    • September 10th, 2008

    yg dok fitnah org
    org xsuka..org nk main bulu tangkis

    • afiq
    • September 10th, 2008

    sy x prejudis.sebutkan siapa mp yg saudara rasa the best di kalangan mp bn?dan kenapa?

    bagi sy mp zul tersilap langkah.beliau tidak seharusnya menjerit2 bersama penyokong2 umno dan pas yg agak melampau utk menghentikan forum memeluk Islam.

    Islam mengajar kita untuk selidik sblm mempercayai apa yg kita dgr.bagi sy forum memeluk Islam bukan menghina Islam.Adakah menghina Islam kerana cuba menegakkan keadilan bagi mereka yg bukan beragama Islam.

    Saudara seorang ptd jadi sy tidak mahu prejudis dgn ilmu saudara.Apa yg saya ketahui forum memeluk Islam hanya mempersoalkan perundangan Malaysia yg celaru bukan menghina Islam.

    Sebagai contoh.1 pasangan bukan Islam ingin bercerai dan menuntut hak penjagaan anak.si isteri tersebut secara perundangan berhak mendapat hak penjagaan.tup tup si suami bukan Islam ini tiba2 memeluk Islam.Maka secara automatiknya si suami mendapat hak penjagaan anak pula kerana memeluk Islam.ikhlas kah dia hanya Allah yg tahu.tetapi point sy,inilah yg penganjur forum memeluk Islam cuba nk stress kan.

    p/s:bagi sy saudara tersilap respect org.kan lagi baik saudara respect kat menteri besar negeri kelahiran saudara,seorang pemimpin yg zuhud.Hairan saya dgn rakyat kelantan yg menyokong umno.kalaulah sy dilahirkan di kelantan..

  3. saudara,sy memang penyokong umno, tp sy bukan penyokong pak lah dan sy bukan penyokong anuar.. saya penyokong dr.m.

    dalam pas sy mmg respek TGNA. orang lain sy x respek.kutuk nak kutuk sapa pas tp jgn kutuk TGNA. TGNA dgn org kelantan sungguh dekat.

    sy hilang respek pada pas. Pas mahu menegakkan negara islam dan sanggup bermusuh dgn umno untuk tujuan ini. Namun apabila dap dan pkr enggan menerima konsep ini, “Langkah mayat saya jika mahu menubuhkan negara islam”, pas hanya berdiam diri.

    Inikah yg dikatakan perjuangan berlandaskan islam?

    Namun sy tetap respek pd TGNA.

    Hairan menyokong umno?sebelum 2003, kebanyakan rakyat di negara ini menyokong umno. Tp Pak LAH MEROSAKKAN SEGALA-GALANYA!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: