Saya sihat tidak nazak, tidak lumpuh – Musa


From Utusan

“Saya kesal kerana laporan itu sebut saya kini lumpuh dan sedang nazak. Semua itu tak betul. Ia fitnah jahat dan berita palsu yang zalim, bukan saja kepada keluarga saya, tetapi kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

More after jump

Akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laporan beritanya yang memetik sumber mengatakan Musa dipercayai lumpuh di bahagian tangan kiri serta tidak mampu bertutur selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Musa tidak tahu apa motif akhbar berkenaan menyebarkan khabar angin itu yang dilakukan tanpa mengambil kira perasaan orang lain.

Walaupun menyedari selama ini ada pihak yang mendoakan keburukan terhadap dirinya, tetapi beliau sekali-kali tidak akan mendoakan perkara yang sama kepada mereka.

“Saya tahu ada orang mendoakan supaya saya dibinasakan. Saya tidak mohon kepada Allah supaya binasakan sesiapa,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu itu, Musa menyerahkan kepada ahli keluarganya untuk menentukannya kerana mereka turut tersinggung.

“Adik-beradik saya ada berbincang mengenai kemungkinan ambil tindakan undang-undang. Biarlah mereka yang tentukan,” katanya.

————————————————————————————

Adakah agama Islam mengajar kita untuk mendoakan kebinasaan orang lain?Apakah hak kita untuk mendoakan kebinasaan orang lain?Masih saya ingat ketika pilihanraya Permatang Pauh, Dr. Badrul Amin mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon orang-orang tertentu dibinasakan. Adakah ini amalan politik yang sihat?

Sesungguhnya amalan berpolitik di Malaysia selepas PRU12 bukanlah bertambah sihat dan maju seperti negara maju, malahan semakin tidak sihat dan seperti negara mundur.

    • bandung
    • September 6th, 2008

    lo harus lihat dgn betol mas

    tajuk berita ialah “musa hassan lumpuh?”

    itu 1 persoalan bknnya kenyataan…mungkin bahasa malaysia lo kureng baik

  1. aku x kisah la pasal report tu..aku cume kisah kenapa ada orang sesama islam mendoakan kebinasaan sesama sendiri

    • azuan
    • September 6th, 2008

    Allah memakbulkan doa org2 yg tertindas dan dianiayai.Dr Badrul Amin merupakan salah seorang mangsa yg tertindas dan dianiayai di ISA.Maka hukumnya harus bagi beliau serta rakyat yg merasa tertindas mendoakan kebinasaan mereka yg menindas.Itu hak mereka.Kita x wajar mempersoalkan

    • nohzhn
    • September 6th, 2008

    cite dlm paper perdana kat msia ni yg lg byk ngutuk parti pembangkang lg r dasat. lg r x tau tol ke x…plaknye…smenye tu statement, bkn persoalan. lg r melampo. ihihi.

    • pu3 kodok
    • September 23rd, 2008

    bad things hapen to bad people (dlu2).. but nw adays..dunt know what…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: