Permatang Pauh


Baca artikel asal di CheDet
1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.

2. Anwar menang.

3. Barisan Nasional kalah.

4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.

8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.

11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.

12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.

13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.

14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.

15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.

16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.

17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.

18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

  1. artikel di atas ada yg sy setuju dan ada yg x setuju.Bagi sy yg baru sahaja menyokong pakatan rakyat,sy totally reject kepimpinan UMNO memandangkn mereka suka membuat fitnah tanpa bukti dan suka memainkan sentimen perkauman.Bagi rakan2 yg mengambil jurusan ekonomi mereka menolak umno kerana pemimpin umno buta ekonomi dan menjatuhkan ekonomi Malaysia tetapi mereka menuduh org lain.contohnya Anwar sbg penyebabnya.Bagi keluarga sy,mereka totally reject umno yg kebanyakannya buta dan x memahami Islam,berpura2 dan memperbodohkan rakyat yg semakin bijak menilai.

    Saudara perlu baca semua media,jgnla hanya mendapatkan maklumat daripada sumber2 yg saudara rasa sesuai dgn taste saudara spt ke chedet.com,anwaribrahimdotcom.com,utusan dan lain2 media yg hanya mengampu kerajaan.Cuba ke blog2 ilmiah yg boleh membuatkan saudara berfikir.rasanya saudara boleh berfikir memandangkan saudara mendapat gelaran PTD walaupun kebanyakan kakitangan awam membenci org yg berstatus PTD = )

  2. Buat pengetahuan saudara, saya adalah penyokong BN tetapi saya bukan penyokong Abdullah Ahmad Badawi dan saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Saya merupakan golongan yang kecewa kerana kepimpinan negara yang tidak sebaik kepimpinan Dr. Mahathir dahulu..Saya kecewa negara kini tidak punya halatuju dan kucar-kacir…

    Saya memang terang-terangan menolak PR kerana tiada apa yang menarik mengenai perjuangan mereka..Orang-orang PR juga gemar membuat fitnah tanpa bukti..

    • al-wajdi
    • August 28th, 2008

    bro..

    camne2 pon nak sanjung dia..dr.M jgk la yg jadi punca semua ni…tu fakta…
    corruption bertambah teruk start dari era dia..
    sbb dia yg benarkan..dan dia pun turut mengamalkan..
    yg dpt susah abdullah..sbb dia pon dah xtau camne nak
    btolkan balik keadaan…
    tgk je la menteri2 yg ada..main2kan sumpah, main2kan agama..
    zaman nabi dulu pon sumpah tu perkara terakhir..tapi tgk la ape yg jadi..dgn saiful, najib, tajol rosli bersumpah dgn sesuke hati…

    ni namanya bala..

    • Mur
    • August 28th, 2008

    T.Mahathir,DSAI,AAB,Najib,barisan menteri/MP dan seluruh umat manusia sekarang bukan 100% clean and clear.Semua nak jaga periuk nasi masing masing.

  3. Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat…amat dahsyat sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.

    Bukan bermakna mana-mana penyokong Pakatan Rakyat taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN. Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN ‘over kill’!

    • azuan
    • August 28th, 2008

    “Kita mesti hormat keputusan pengundi dan amalan demokrasi di negara ini memandangkan mereka anggap Anwar seorang pemimpin yang baik. Walau apa pun pandangan BN (Barisan Nasional), kita mesti menerima keputusan ini kerana ia dibuat oleh rakyat.”

    -Ong Ka Chuan, Setiausaha Agung MCA, 27 Ogos 2008

  4. saya bersetuju dengan pandangan azuan, keputusan ini harus diterima..

    Cume saya ingin bertanya,dengan keputusan ini, adakah ini bermakna amalan demokrasi masih segar di negara ini?

  5. bagus hazremi..teruskan penulisan anda..

    • hehe
    • August 29th, 2008

    sebelum by election :
    “Kita yakin menang”
    “Anwar/PKR akan berkubur”
    “Tanam Anwar/PKR hidup2”
    “Arif Shah mampu melakukan kejutan”
    bla bla bla bla

    selepas by election :
    “Result as expected”
    “Anwar menang di “home ground”
    “Amalan demokrasi terlaksana”

    come on lah ..macam2 .. kalo baca balik .. mmg lawak ..

    dan lagi satu ..kenapa pula pengundi PP nak undi Anwar walaupun tak sokong Anwar? Calon AKIM kan ada .

    • azuan
    • August 29th, 2008

    oh tp sy masih ragu2 memandangkan peratus mereka yg keluar mengundi 65.25 % iaitu 38,144 tp setelah menjumlahkan total undi pkr,akin dan bn menunjukkan yg keluar mengundi hari tersebut 81.68% iaitu 47,748 org.

    Tak mungkin SPR boleh buat kesilapan sedemikian jelas.Sama ada SPR berbohong,bersekongkol atau x tau matematik

  6. saya juga tidak pasti berkenaan perkara ini azuan, tetapi saya mencadangkan kita supaya tidak mengadakan spekulasi kerana kita mungkin tidak tahu fakta sebenar. Lagipun, jika SPR benar-benar tidak telus tidak mungkin Anwar menang pada pilihanraya tersebut.

    • alfons0
    • September 30th, 2008

    Yg aku tunggu2 bukti tuduhan2 UMNO/BN yg dah berusia 10 thn ni..sampai skrg UMNO/BN gagal nak membuktikan tuduhan2nya terhadap DSAI jadi lah tuduhan2 itu fitnah yg jelas lagi nyata..cuma yg buta hati je yg tak tau nak beza🙂

  7. sedara alfonso, anwar bebas pd 2004 pun setelah melakukan rayuan dgn mahkamah rayuan. Sedara anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah agung.

    anwar dibebaskan atas sebab2 teknikal..

    sekarang ni beliau menghadapi satu lagi tuduhan..

    agaknya meliwat lelaki ni seperti seks dgn wanita juga ye.. boleh jadi ketagih

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: