Al-kisah kahwin (Bahagian 2)


Untuk mereka yang bakal-bakal… . yang dah lepas tu,mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer… .. Zaman sekarang ni kan;hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah;sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai… macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada
serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.Hah… korang bacalah:-


Sebab

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya… berkajang-kajang kalau
disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk
belanja kakaknya
sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya… lengkap
segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas
eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek… semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. “Eh! Nak meniaga anak ke pe?”
Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih

2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”

3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”

4. “Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je.”

5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”

6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. “Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet.”

2. “Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.”

3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.”

4. “Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”

5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”

6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya takkahwin-kahwin.”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya:-

1. “Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nakbelikan dia baju tidur.Murah nah?”

Haa… tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat… bank Islam… atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, ‘loan bini’,.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg
sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah…dunia… dunia.. ”

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: