Archive

Archive for the ‘Life’ Category

Back Stabbing

October 25, 2009 hazremi 5 comments

Do you have a best friend? If you do, you must really enjoy the companion of your best friend.

You really do trust your best friend. You share a lot of things together, happiness,sadness and went through everything together.

I do have a best friend. A best friend that I really appreciate. We went through everything together during up and down since university. Happiness, sadness… We share secrets, jokes, and gossips.

But how do you feel when you get to know your best friend is back stabbing you? He tried to take away something that you appreciate very much in your life. He tried to do it behind me, without my knowledge…Luckily someone told me bout it..

It’s hard for me to believe it. How could he do such a thing to me?His best friend?I didn’t believe it initially, but after finding out the truth, I have to accept the truth. He is backstabbing me…

I don’t think I should list out whatever you did behind me.You know it yourself

I enjoyed the time with you. I’m glad to know you. You’ve been a very good friend of mine.

However, we won’t be like before anymore..I’m sorry. It’s just so hard to take what you did to me..

I will forgive you though your sin with Allah is not my business..

Good luck!

True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost.”
- Charles Caleb Colton

Categories: Life

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

October 24, 2009 hazremi 2 comments

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ’si dia’.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ’si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ’si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Categories: Life

Mendidik

October 13, 2009 hazremi 1 comment

Bagaimana untuk mendidik seseorang itu mengikut cara yang sesuai?

Sudah semestinya mendidik seseorang itu harus mengikut kaedah yang sesuai..

Orang dewasa tidak boleh dididik mengikut cara kanak-kanak..

Begitu juga kanak-kanak tidak boleh dididik mengikut cara orang dewasa

Sekirannya orang dewasa dididik  seperti seorang kanak-kanak…mereka akan memberontak.. Segala didikan yang diberikan tidak akan berkesan kerana mereka memberontak di dalam jiwa…

Mendidik orang dewasa memerlukan penggunaan pendekatan psikologi yang sesuai..Mereka perlu diberi motivasi..Diberi galakan..Bukan dibunuh semangat mereka…

Kadang-kadang orang yang berkelulusan pun tidak pandai mendidik…

Categories: Life

Ilmu Keserasian

September 25, 2009 hazremi 7 comments

Aku mempunyai seorang uncle. Uncle aku ini mempunyai sedikit ilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menentukan keserasian di antara pasangan yang ingin berkahwin. Ilmu ini diturunkan kepada uncle ku ini oleh arwah datuk ku. Beberapa pasangan telah diramalkan oleh uncle ku menerusi ilmunya dan ianya ternyata benar.

Nak dijadikan cerita, pada hari raya tahun 2008, seorang perempuan telah datang beraya ke rumahku dan pada ketika itu, uncle ku ada di situ. Uncle ku menggunakan ilmunya untuk menentukan keserasian antara aku dan perempuan itu. Walau bagaimanapun, keputusannya tidak diberitahu kepada aku.

Setelah beberapa purnama, tiada jodoh antara aku dan perempuan itu. Aku melepaskan dia pergi dan memberitahu ibuku. Ibuku kemudian memberitahu bahawa uncle ku telah meramalkan bahawa antara aku dan wanita itu tidak serasi, tidak akan kekal lama dan tiada jodoh. Ibuku memberitahu keputusanku adalah tepat. Ibuku kemudian meminta aku terus mencari seseorang yang serasi denganku..

Aku pasrah..Sekiranya tiada jodoh, maka apa saja diperbuat pasti tidak akan ke mana-mana akhirnya..Semoga tuhan membantu aku…Aku berdoa agar perempuan itu bertemu dengan seseorang yang sesuai dengannya,serasi dan menerima dia seadanya

Walau bagaimanapun, ilmu uncle ku ini bukanlah untuk orang lain..hanya untuk kaum keluarga sahaja..

Categories: Life

Kelantan VS N.Sembilan

September 22, 2009 hazremi 3 comments

People said…

Negeri Sembilan – Jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan, nanti habis harta kau dikebasnya. Raya konfem tak boleh balik…Kau kene ikut orang sane je…abis lupe mak bapak kau…

Kelantan – Jangan kahwin dengan orang Kelantan, dia orang ni suka kahwin banyak..abis nanti kau kene tinggal.. dia orang ni bukan suka sangat orang luar dari kelantan ni..nak orang dia je…

Honestly..I found out the myths above are just myth…

Tuhan menciptakan kita berbeza-beza supaya kita boleh saling mengenali

Categories: Life

Selamat Hari Raya v2

September 19, 2009 hazremi Leave a comment

Arrived at KB after 10 hours of journey due to heavy traffic…

Nak ambil kesempatan ini sekali lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Semoga syawal kali ini akan memberi lebih makna dan keberkatan. Marilah kita bermaaf-maafan, lupakan segala sengketa. Sedangkan nabi ampunkan umat, siapalah kita untuk tidak memaafkan rakan-rakan :)

Jemput ke rumah :)

Categories: Life

Calon Isteri?

September 13, 2009 hazremi 3 comments

Ada seseorang memberitahu aku bahawa kalau nak mencari calon isteri, carilah yang kaya atau anak orang kaya..Reason? Menurutnya, kita boleh menumpang senang dan memberi keuntungan di kemudian hari.

Well, aku tak menafikan bahawa pendapat dia itu ada benarnya. Walau bagaimana pun, aku tidak setuju dengan pendapat itu jika mencari calon isteri yang kaya hanya kerana hendak menumpang senang.It sounds materialistic..Kalau dah jodoh takde hal…

My opinion is aku takkan meletakkan priority mencari calon isteri oleh sebab seperti di atas kerana bagiku dari mencari orang seperti di atas lebih baik aku memberi priority kepada perempuan yang suka berniaga+business minded.Reason? Perempuan seperti ini mempunyai lebih potensi dalam dirinya…And I like this kind of woman. However, the above statement is still can be considered.

As a man, you have to prove your worth else you are nothing to be proud of…

Categories: Life

Snippets

September 12, 2009 hazremi Leave a comment

Quick update:

If you listen too much too others in a relationship, it will ruin your relationship, know yourself, your partner and what is the best between both of you, you’ll go through against any obstacle…

Categories: Life

Far Ahead

September 11, 2009 hazremi 2 comments

I will stop thinking too far ahead..

Coz it is killing me

Categories: Life

Misunderstood

September 11, 2009 hazremi 3 comments

Berhati-hati bila berkata-kata

Kerana ada orang yang akan salah sangka

Mungkin maksud kita begini, tetapi di salah mengertikan

Bila sudah tersalah kata pasti mengundang duka

Tetapi cepat-cepatlah lupakan perkara lama

Kerana hidup tidak indah tanpa gurau senda

Kerana hidup bagaikan mati apabila berduka

Categories: Life