Perbezaan Filem Malaysia dan Indonesia


Poster di atas menunjukkan filem paling laris di Malaysia.I really mean it. Filem ini merupakan filem yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman di Malaysia. Lebih dari RM7.35 juta.. Mengalahkan semua filem-filem lain. Yang menghairankan, bagaimana filem yang rendah dari segi nilai seni nya boleh mencatatkan kutipan setinggi itu?Jika dilihat jalan cerita nya, ia tidak mempunyai nilai seni langsung. Apakah ini selera rakyat Malaysia?Filem yang tidak mempunyai seni dan hanya menyajikan humor kelas rendah semata-mata?

Sekarang kita lihat filem yang mencatat fenomena luar biasa di Indonesia..

Ketika Cinta Bertasbih (KCB) mengangkat ketinggian martabat Islam dalam kehidupan seharian. Bagaimana hidup di atas landasan Islam dalam berkeluarga, bekerja dan bergaul. Inilah filem yang mencatat fenomena luar biasa di Indonesia.Filem yang penuh dengan nilai artisitik. Nilai seni yang tinggi. Inilah selera di Indonesia. Filem beginilah yang mencatat fenomena luar biasa.Filem yang didaptasi dari novel ini memberi seribu satu makna.

Bukan seperti filem sampah “Adnan Sempit” yang tidak memberikan apa-apa mesej. Saya tidak menyalahkan penonton, kerana penonton yang membayar tiket itu. Tetapi senario ini menunjukkan di mana rakyat Malaysia meletakkan seni ditempatnya. Saya telah menonton kedua-kedua filem tersebut dan berpendapat sehingga kini saya masih terfikir dan cuba menyelami apa yang disampaikan menerusi filem KCB. Secara kasarnya, KCB mengajak penonton mendalami bagaimana hidup dan mencari jodoh mengikut syariat Islam. Istilah Cinta Bertasbih itu sendiri sudah cukup mendalam, di mana ia bermaksud cinta sesama manusia kerana Allah swt. Dalam kajian yang dilakukan di Indonesia, selepas meletupnya filem-filem berunsur islam di sana, semakin ramai wanita-wanita mulai menutup aurat masing-masing yakni bertudung. Betapa besarnya impak filem yang mempunyai nilai artistik yang tinggi dalam kehidupan seharian.

Bagaimana pula dengan filem Adnan Sempit? Saya terus melupakannya dalam masa 2-3 hari dan tidak nampak apakah mesej yang cuba disampaikan..Kemajuan industri filem Malaysia adalah baik untuk negara, tetapi biarlah ianya sebuah industri yang bermutu…Menghasilkan filem yang memberi impak kepada rakyatnya.

Sebuah negara yang maju meletakkan seni di tempat yang tinggi. Tamadun sebenarnya bermula dengan rasa cinta kepada seni. Inilah cabaran yang dihadapi Malaysia dalam menuju Wawasan 2020. Sudahkah kita bersedia?

Malaysia masih kurang filem berunsur Islam – Habiburrahman

KOTA BHARU 14 Feb. – Industri perfileman Malaysia masih tandus dan gagal menghasilkan karya-karya berunsur Islam yang berkesan untuk berdakwah kepada masyarakat.

Itu pandangan Habiburrahman el-Sirazy (gambar), 33, novelis terkemuka dari Indonesia yang terkenal dengan karyanya bertajuk Ayat-Ayat Cinta dan Bila Cinta Bertasbih yang berjaya diadaptasi menjadi filem.

Beliau yang juga seorang penyair berkata, pembikin filem di negara ini masih tidak berani menonjolkan amalan Islam dalam karya-karya mereka menyebabkan mereka ketinggalan berbanding karya dari negara jiran itu.

“Apa yang paling penting adalah niat. Masyarakat semestinya akan melihat hasil kerja kita yang semuanya bergantung kepada penulis itu sendiri.

“Di Malaysia, mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah seperti aktiviti keagamaan di dalam masjid.

“Di Indonesia, kami mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita buat untuk masyarakat di sana,” katanya.

Habiburrahman ditemui pada program Hari Hiburan Islam yang turut menyelitkan program Bicara Selebriti dan tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasi daripada novel terbaru beliau.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun lepas, filem yang berunsurkan dakwah seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang berasal daripada novel beliau serta Laskar Pelangi mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat republik itu.

Ini kerana jelasnya, filem tersebut menyentuh secara langsung kehidupan masyarakat di negara itu yang majoritinya menganut agama Islam.

Mengulas mengenai perkembangan filem di negara ini, katanya, kebanyakannya digarap dengan baik tetapi dari segi idea dan tema masih kurang memberangsangkan.

“Cerita berbentuk Islamik kalau kita tulis dengan kaedah yang baik, maka akan dapat sambutan.

“Selain penggarapan, kematangan dan pemilihan idea juga perlu, tetapi di sini ada garapan yang bagus tapi ideanya tidak sesuai dengan masyarakat,” ujarnya.

Menurut beliau, apa yang dikehendaki oleh masyarakat tidak ditampilkan sedangkan seorang sasterawan itu harus berinteraksi dengan masyarakat.

“Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Walaupun sedap dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman,” tambahnya.

    • bandung
    • February 17th, 2010

    keren bgt antry lo kali ini mas
    ternyata lo uda gede dan bicara guna fakta bkn omong kosong spt yg sering lo lakukan

    film malaysia akan terus sampah jika org ramai yg berotak sampah memberi sokongan kpd film sampah,arahan oleh sutradara sampah

    kita ga perlu teknologi yg dasyat utk hasilkan film yg keren ttp otak yg bagus uda cukup

    liat laskar pelangi hanya guna anak2 kecil saja uda cukup
    malaysia masih ‘playsafe(pakai durex)’ dalam berkarya

    dan persoalannya sampe bila begitu??
    prof razak mohideen?what prof? wtf?

    *syarat & ketentuan berlaku

    • Tam
    • February 19th, 2010

    Salam

    Agak sempit perbandingan yg dibuat. Filem KCB dan Laskar Pelangi adalah filem seni yg sepatutnya dibandingkan dgn seangkatannya – filem2 Arwah Yasmin Ahmad, Khabir Bhatia (cinta, sepi), filem Pensil dan beberapa director yg tidak terikat pada production house besar. Ada tak ko tengok cerita2 ni? Kalau ada, bandingkan balik.

    Seperti di Malaysia, Indon juga ada filem2 sampah seperti Adnan Sempit (yg aku rasa agak keterlaluan di panggil sampah kerana ia jauh lebih baik dr sampah2 arahan prof razak). Cuba la research tentang filem2 mainstream Indon, mesti jumpa banyak sampah juga. Jadi, perbandingan perlulah seimbang.

    Tapi aku akui di Malaysia mmg kurang filem yg berkait rapat dengan agama. Ada la satu dua yg aku sendiri tak minat nk ingat. Kekurangan ini rasanya di cover oleh drama2 yg ada kat TV (tp skang musim hantu daa :p)

    Kesimpulannya, filem2 sampah ni terjadi pasal studio tak nak keluarkan duit untuk cerita2 artistik pasal jarang dapat duit balik. Jadi salah siapa? Salah studio dan penonton yg memilih cerita sampah.

    Anyway, minta maaf komen aku agak beterabur sbb taip apa yg telintas kat otak dan malas nk rangka ayat dgn betul. Cheers

    • salam,
      perbandingan di antara dua filem ini di buat kerana filem adnan sempit merupakan filem yang mencatat kutipan paling tinggi di Malaysia.

      Begitu juga dengan filem KCB,filem yang menimbulkan fenomena luar biasa di Indonesia. Atas sebab inilah perbandingan di buat untuk melihat selera di antara rakyat kedua-dua negara.

      Rakyat Malaysia memilih untuk menonton cerita mat rempit yang tiada mesej manakala rakyat Indonesia menonton filem yang diinspirasikan daripada novel.

      Saya secara peribadi mengharapkan Malaysia akan lebih banyak menghasilkan filem-filem berunsur keagamaan. Sebagai contoh, drama Nur Kasih boleh diangkat menjadi filem.

      Semoga industri filem Malaysia bertambah maju

        • ahmad
        • May 30th, 2010

        assalamualaikum,
        saya amat setuju sekali dengan comment anda,saya sebagai rakyat malaysia amat malu sekali jika memperbandingkan kualiti filem indonesia dengan malaysia.Malahan ada juga filem indonesia yang boleh dikatakan sampah tapi filem malaysia lebih daripada itu.Yang amat saya minati ialah yang berunsurkan keagamaan seperti KCB amat menyentuh perasaan hingga rasa pilu dan linangan air mata yang tak dapat saya sembunyikan.Gitu baru dikatakan kualiti dimana jalan ceritanya amat cucuk dan memang berlaku dalam hidup masyarakat,amat realistik sekali,sedih sekali dengan filem Malaysia hanya yang boleh dibanggakan hanya filem arahan almarhum P.Ramlee

    • Along
    • March 30th, 2010

    Salam,

    Industri Filem – dalam erti kata yang sebenar adalah perniagaan hiburan (“PERNIAGAAN”). Pihak2 yang berkaitan dalam pembikinan filem bukanya seorang yang “bodoh”.

    Setiap filem yang dibuat secara “komersial” selalunya bedasarkan “research” selera semasa penonton. Sekiranya sekarang selera filem yang humor+ringan+santai+nk gelak banyak+tak nak pikir dalam2,, maka, terlahirlah Adnan Sempit.

    Mau ke buat filem yang lebih ke arah kerugian?

    Play Safe (Surex), sure yes, lebih baik begini dari kemudian hari medapat penyakit kerugian yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

    Lagipun besar mane la industri perfileman kita nie, kalo go WORLD WIDE ok la jugak boleh amek risiko. 1peratus dari jumlah penonton dunia pun dh cukup nk kembalikan modal dan dapat sedikit keuntungan.

    Filem2 KCB, Adnan Sempit, dah banyak lagi, di buat untuk semua golongan tapi boleh ke memuaskan hati kesemua golongan tersebut??

    Rumusan –
    ” Bukan senang untuk melakukan sesuatu (ex;filem) yang boleh memuaskan semuat orang”

    Wassalam

      • Azil
      • April 19th, 2011

      Kenapa saudara nak membesarkan isu ini. Industri perfileman adalah salah satu industri perniagaan. Pihak pengarah harus mengutamakan selera penonton. Bagi saudara, pandangan seni itu berbeza dan lain pula dengan orang lain. Keadaan seni hiburan di malaysia dan di indonesia amat berbeza. Penerbit telahpun membuat penyelidikan dengan selera penonton di Malaysia dan rata-rata penduduk di Malaysia mahukan filem yang berunsur ringan. Ini adalah kerana rakyat Malaysia yang rata-ratanya bekerja selaltu di himpit dengan tekanan seperti tekanan bekerja jadi dengan filemlah digunakan sebagai hiburan untuk melepaskan tekanan. Saudara hanya bercakap dengan pemikiran saudara sahaja. Saudara hanya mengangkat selera saudara sahaja. Seperti saya yang hanya gemar dengan filem adnan sempit. Sosio budaya kita ada berbeza sedikit dengan Indonesia. Jadi, saudara harus menghormati selera orang. Setiap orang berbeza seleranya. Mengenai Filem Ketika Cinta Bertasbih, memang filem itu menarik, tetapi saya tidaklah gemar untuk menonton filem-filem berunsurkan islamiah kerana bagi saya untuk menghayati kisah-kisah berunsurkan islamiah, saya lebih suka mendengar daripada ustaz-ustaz atau dengan kata lain secara bersemuka. Lihat, selera saya berbeza dengan saudara. Untuk humor, di mana saya boleh dapat, sudah semestinya saya pilih filem komedi. Jadi, saudara perlu menghormati selera orang. P/S tidak berdosa untuk kita menghiburkan diri kita dengan unsur-unsur komedi dan tidak semestinya kita hanya menginsafi diri dengan menonton filem islamik. Fikir-fikirkanlah.

  1. Indonesia Is the best…

    I Love Indonesia…

  2. film KCB 2 yang dapat ditonton disemua umur.

  3. SAYA TAK SUKA FILEM MALAYSIA…BANYAK PENUH LAWAK YANG MENJANGGALKAN WALAUPUN BUKAN CERITA LAWAK.. HAISHHH…

  4. hahaha…Bodo kutuk Filem negara sendiri,yang perkataan Sampah tue xboley terima!!filem adnan sempit nie citer pasl lawak so?ikot creativity pengarah laa!!kite sebagai rakyat malaysia mesti la sokong!!filem kat malaysia ade jgak filem pasal cinta dan islam,contoh syurga cinta ,then tgk citer indon ape yang ada??merepek ajaaa

  5. Saya sokong zack!!

      • ferus
      • February 16th, 2011

      filem indon hebat….bab agama mmg gempak… tp kalo tgk blik prangai plakon dorg dashyat mmg dashyat…2 lah smp byk yg kawin cmpur n murtad…akhlak tak selari dgn perwatakkan.dlam cter..nk bg mesej kesedaran kpd masyarakat…diri sendiri ngak da sedar…wadoh

    • anak seni
    • April 4th, 2011

    filem malaysia dan indonesia aku rasa malaysia lagi bagus kalau nak kata filem adnan sempit tak guna filem indonesia lagi la setakat kcb x payah nk bermegah la ingat filem indonesia je ada unsur islam filem melayu pun ada.filem indonesia ada juga memakai pelakon yg tk senonoh seperti miyabi

    • anak seni
    • April 4th, 2011

    filem malaysia dan indonesia aku rasa malaysia lagi bagus kalau nak kata filem adnan sempit tak guna filem indonesia lagi la setakat kcb x payah nk bermegah la ingat filem indonesia je ada unsur islam filem melayu pun ada.filem indonesia ada juga memakai pelakon yg tk senonoh seperti miyabi so renung-renungkan la…………………salam

    • Azil
    • April 19th, 2011

    Kepada penonton di Indonesia, saya cabar kamu supaya benarkan filem-filem Malaysia di bawa ke negara kamu dan kamu nilai sendiri ddan banyak artis Indonesia kini cemas kerana pasaran hiburan dari Indonesia telahpun mula ditutup kerana banyak unsur-unsur tahyul dan Industri Indonesia tidak menghormati sensitiviti Malaysia. Banyak sinetron-sinetron kamu diadopsi daripada negara Korea. Saya bukan kutuk kamu tapi adalah fakta dan mengucapkan terima kasih kerana industri hiburan kamu telah membawa banyak sinar keislaman.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: