Adat Kahwin


Aku sudah hidup hampir 25 tahun di atas dunia ini dan selalu menghadiri banyak majlis perkahwinan di Malaysia..Apa yang ku perhatikan banyak perbezaan adat perkahwinan di antara lain-lain negeri di Malaysia ini… Dalam entry ini, aku bercadang untuk berkongsi pengalaman aku dalam perbezaan perkahwinan di Malaysia ini..Perbezaan yang akan aku nyatakan di sini adalah dari perspektif aku iaitu antara Kelantan dan non-kelantan…Apa yang aku nyatakan ini hanyalah pendapat aku, bukanlah ingin mempersendakan mana-mana pihak..

Tempat Kahwin

Di Kelantan: Sepanjang aku hidup di Kelantan, tempat kahwin di Kelantan akan diadakan di rumah, bukan di dewan.. Baik yang miskin atau yang kaya.. Yang kaya pasti akan buat di rumah kerana rumah mereka besar, banyak ruang..Aku lebih prefer di rumah, kerana semua orang boleh datang tanpa banyak protokol.Lebih meriah.

Di luar Kelantan: Agak bercampur, ada yang buat di rumah, ada yang buat di dewan, yang kaya akan buat di hotel..Bende ni tak salah kerana tak perlu mengemas rumah…

Hantaran Kahwin

Di Kelantan: Kebiasaannya di Kelantan hantaran kahwin boleh dirunding..RM7000 kebiasaannya adalah hantaran kahwin minimum..of coz ada yg RM10000. Tapi di Kelantan , hantaran kahwin diberi kepada pengantin perempuan bukan kepada keluarga pengantin perempuan.

Di luar Kelantan:  Minimum Rm10000 tanpa boleh dirunding..jika dirunding menjatuhkan maruah namanya..ada yang sampai RM15000..tapi tak semua tempat..bergantung pada budi bicara. Di sesetengah tempat, hantaran diberi kepada ibu bapa bukan kepada pengantin perempuan.

Pampasan Kepada Kakak/Abang

Di Kelantan: Jika yang dinikahi itu mempunyai abang/kakak yang masih belum berkahwin. tidak perlu memberi sebarang pampasan/persalinan kepada abang/kakak kerana melanggar bendul..itu kan hanya adat… :)

Di luar Kelantan: Di sesetengah tempat, perlu memberi pampasan/persalinan kepada abang/kakak pengantin perempuan.. ini juga adalah adat melayu.

Bayaran Tol

Di Kelantan: Tiada bayaran tol dikenakan sewaktu pengantin lelaki ingin menemui pengantin perempuan oleh penyambut-penyambut…

Di luar Kelantan: Sesetengah tempat ada mengamalkan adat tol ini…sebenarnya tak perlu…nasihat kepada pengantin lelaki, letak je RM1 dalam sampul, kene 20 kali baru RM20 haha…

———————————–

itu la serba sedikit mengenai adat-adat perkahwinan di Malaysia yang aku lihat..mungkin tak semua kawasan macam ini, tapi inilah Malaysia hehe….kalau salah tolong betulkan ok :)

About these ads
    • tanpa nama
    • April 28th, 2009

    kesimpulannye..
    kumpul duit banyak2 bile nak kawen nanti bagi sang lelaki..

  1. aku nak kawen 4-4 dlam gambo entry ko bley?hahahhaha….

    • sorang RM15k..kalau 4-4, RM60k…tak masuk tol lagi tu bro hehehe

  2. pepatah ade mengatekan “msuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau mengaum”..laen tmpt laen adatnye, kite kne hormat adat sesuatu tempat selagi xsalah disisi agama..

    ble u kawen ngn sum1 yg bkn kelantanese, then u shud accept adat tempat dan begitu juga bakal isteri u yg perlu terima adat kelantan and kne adapt lah..tolak ansur tu penting, barulah rumahtangge aman dan harmoni…:)

    *adat xsemestinye perlu diikut 100%, ianye terpulang pd pengamal adat itu sendiri..

    • bandung
    • April 30th, 2009

    nikah aja sm org n9 mas..hahaa

  3. oh..baru kutahu kat kelantan tadek pampasan utk kakak/abang..

  4. ya tak perlu semua tu…tu kan adat je…

    • pena
    • July 27th, 2009

    apsl yg aku tau pnyer la beza..
    aku pn skrg ddk kat kelantan wlpun stkt mcr ilmu..
    btl ke kat kelantan lg murah hantarn kawin??
    tu bruduit bg kat pengntin prmpn..blumlg bg kat fmily dia n nk bt kenduri kawin..
    bg pngntin 7 ribu + bg fmily 2 ribu + kenduri 5 ribu…
    puh..botak kepala…
    nie la yg ak taw bdsrkn pnglmn kwn2 aku..

    • in simple words,RM20k is a must if u want to get married, at least

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: