Adat Kahwin
Aku sudah hidup hampir 25 tahun di atas dunia ini dan selalu menghadiri banyak majlis perkahwinan di Malaysia..Apa yang ku perhatikan banyak perbezaan adat perkahwinan di antara lain-lain negeri di Malaysia ini… Dalam entry ini, aku bercadang untuk berkongsi pengalaman aku dalam perbezaan perkahwinan di Malaysia ini..Perbezaan yang akan aku nyatakan di sini adalah dari perspektif aku iaitu antara Kelantan dan non-kelantan…Apa yang aku nyatakan ini hanyalah pendapat aku, bukanlah ingin mempersendakan mana-mana pihak..
Tempat Kahwin
Di Kelantan: Sepanjang aku hidup di Kelantan, tempat kahwin di Kelantan akan diadakan di rumah, bukan di dewan.. Baik yang miskin atau yang kaya.. Yang kaya pasti akan buat di rumah kerana rumah mereka besar, banyak ruang..Aku lebih prefer di rumah, kerana semua orang boleh datang tanpa banyak protokol.Lebih meriah.
Di luar Kelantan: Agak bercampur, ada yang buat di rumah, ada yang buat di dewan, yang kaya akan buat di hotel..Bende ni tak salah kerana tak perlu mengemas rumah…
Hantaran Kahwin
Di Kelantan: Kebiasaannya di Kelantan hantaran kahwin boleh dirunding..RM7000 kebiasaannya adalah hantaran kahwin minimum..of coz ada yg RM10000. Tapi di Kelantan , hantaran kahwin diberi kepada pengantin perempuan bukan kepada keluarga pengantin perempuan.
Di luar Kelantan: Minimum Rm10000 tanpa boleh dirunding..jika dirunding menjatuhkan maruah namanya..ada yang sampai RM15000..tapi tak semua tempat..bergantung pada budi bicara. Di sesetengah tempat, hantaran diberi kepada ibu bapa bukan kepada pengantin perempuan.
Pampasan Kepada Kakak/Abang
Di Kelantan: Jika yang dinikahi itu mempunyai abang/kakak yang masih belum berkahwin. tidak perlu memberi sebarang pampasan/persalinan kepada abang/kakak kerana melanggar bendul..itu kan hanya adat…
Di luar Kelantan: Di sesetengah tempat, perlu memberi pampasan/persalinan kepada abang/kakak pengantin perempuan.. ini juga adalah adat melayu.
Bayaran Tol
Di Kelantan: Tiada bayaran tol dikenakan sewaktu pengantin lelaki ingin menemui pengantin perempuan oleh penyambut-penyambut…
Di luar Kelantan: Sesetengah tempat ada mengamalkan adat tol ini…sebenarnya tak perlu…nasihat kepada pengantin lelaki, letak je RM1 dalam sampul, kene 20 kali baru RM20 haha…
———————————–
itu la serba sedikit mengenai adat-adat perkahwinan di Malaysia yang aku lihat..mungkin tak semua kawasan macam ini, tapi inilah Malaysia hehe….kalau salah tolong betulkan ok






Recent Comments