Ibrahim Ali Cadang Debat Anwar-Dr.Mahathir
Quoted from Agendadaily.com

Ibrahim Ali cadang debat Anwar – Dr Mahathir
Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan agar Agendadaily.com menganjurkan perdebatan live di televisyen antara Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menyuarakan hal itu dalam perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat petang Rabu.
Katanya hanya menerusi perdebatan terbuka itu saja rakyat akan dapat tahu secara jelas berbagai dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap Dr Mahathir dalam sidang Parlimen.
Masa beliau berucap dalam perbahasan itu Anwar tidak ada dalam Dewan Rakyat.
Ibrahim berpendapat tindak tanduk itu adalah tidak wajar kerana bekas Perdana Menteri itu tidak dapat mempertahankan dirinya.Menurut beliau cara terbaik ialah untuk selesaikan terus isu ini ialah menerusi debat terbuka itu seperti yang pernah dianjurkan oleh Agendadaily.
Sementara itu Anwar ketika ditemui selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri di bangunan Parlimen Rabu malam hanya tersenyum sambil mengeleng kepalanya yang tidak dapat dipastikan maksudnya bila ditanya samaada beliau bersedia berdepan dengan Dr Mahathir dalam satu perdebatan.- 15/10/2009
_____________________________________________________________________________________________
Saya secara peribadi menyokong debat tersebut diadakan. Hal ini kerana hanya Dr. Mahathir sahaja mampu menghadapi kepetahan Anwar dalam berdebat walaupun hujah Anwar kebanyakannya hanyalah umpama tin kosong. Saya sendiri ingin melihat Anwar mempertahankan dirinya daripada Dr. Mahathir.
Mungkin ketika itu kita boleh tahu sama ada Anwar ini memang peliwat atau tidak. Hujah daripada Dr. Mahathir sememangnya menarik, kita sudah tahu kepetahan beliau, hujah beliau penuh dengan isi dan bukan bersandarkan retorik semata-mata.
Ayuh Anwar, terima cabaran itu…Aku ingin melihat keaiban mu terbongkar di debat itu. Walau bagaimanapun, saya jangkakan tiada pemenang dalam debat tersebut. Hanya mampu membuka mata kita tentang siapa Anwar sebenarnya, betapa beliau seorang opportunis…
Recent Comments