Perhimpunan anak-anak Kelantan bersama Perdana Menteri
OK guys, got this latest info..there will be a gathering with our PM for all Kelantanese. Details:
Date: 1/3/2008
Day: Saturday
Time: 8pm
Where: Stadium Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Who should go: Read the title LOL
Planning to go,anyone??
![]()
Abdullah Jumpa Anak Kelantan Di Perantauan Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan berpeluang menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan di sini Sabtu ini.
Setiausaha Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) Datuk Suhaimi Yacob berkata sebagai penganjur majlis, semua anak Kelantan terutamanya yang berada di Lembah Klang dijemput menghadiri majlis berkenaan.
“Majlis ini kali pertama seumpamanya menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah untuk hadir dan beramah mesra dengan anak-anak Kelantan,” katanya kepada Bernama di sini.
Katanya, terdapat kira-kira 800,000 anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri itu yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang iaitu tokoh korporat, ahli akademik, profesional dan ahli perniagaan.
Sementara sebanyak 400,000 anak-anak Kelantan daripada jumlah itu berada di Lembah Klang, katanya.
Beliau berkata majlis perjumpaan itu yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini bermula dengan jamuan bufet pada 7.30 malam selepas solat Maghrib. Ia turut dimeriahkan dengan persembahan dikir barat dan artis rancangan popular RTM Salam Pantai Timur iaitu Mek dan Jali.
– BERNAMA











Recent Comments